Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

salam ukhuwah fillah....

moga dengan adanya blog ini,dapat kita berkongsi pengajaran yang berguna,menjadikan ia satu medan dakwah untuk kita semua,kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buahnya....

Saturday, January 29, 2011

Ayahandaku

Jika ditanya siapa ayah di mata kita,pasti jawapannya ayah seorang pemimpin keluarga yang bertanggungjawab memimpin ahlul baitnya untuk menjadi insan yang berguna kepada semua.Selain tugasnya mencari nafkah dan mata pencarian hidup, ayah juga merupakan insan terpenting dalam mendidik amanahnya untuk menjadi anak yang patuh dan taat pada perintahNya.
    Begitu juga dengan diri saya,amat bertuah memiliki ayah yang sangat memahami serta menjadi sumber inspirasi, pengetahuan, dan tempat luahan hati pada anak-anaknya.Abu Mansor b.Ismail,pada saya seorang ayah yang tegas dan bertangunggjawab. sifat itulah yang mampu membentuk kami menjadi anak yang disiplin, yang amat dititikberatkan oleh beliau.