Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

salam ukhuwah fillah....

moga dengan adanya blog ini,dapat kita berkongsi pengajaran yang berguna,menjadikan ia satu medan dakwah untuk kita semua,kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buahnya....

Tuesday, April 12, 2011

Patutkah dipanggil ayah???

Melihat keadaan sekarang yang penuh dengan pelbagai masalah, konflik dan bencana yang sering melanda, terlintas di fikiran apakah punca disebalik semua ini. Ketika mana terbaca berita-berita di dada akhbar yang memaparkan kisah-kisah duka yang dikira tidak masuk akal…ayah rogol anak, ayah jual anak, ayah dera anak..terkadang terdetik, sanggup seorang ayah melakukan perkara sedemikian terhadap darah dagingnya sendiri…sedangkan tanggungjawab ayah mendidik anak ke jalan akhirat…sesungguhnya manusia di zaman kini tidak lagi mampu  berfikir mengikut akal yang dikurniakan..oleh kerana kita masih diberikan nikmat hidup di atas muka bumi ini, marilah sama-sama kita MUHASABAH diri ini untuk merenung sejenak atas segala yang berlaku.dan perkara yang lebih penting adalah mencari dan beramal dengan ilmu agar kita menjadi ibu bapa yang terbaik…InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment