Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

salam ukhuwah fillah....

moga dengan adanya blog ini,dapat kita berkongsi pengajaran yang berguna,menjadikan ia satu medan dakwah untuk kita semua,kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buahnya....

Tuesday, April 12, 2011

Pengorbanan anak untuk ayah

Umumnya, kita sering kali terdengar insan lain mendermakan organ untuk orang yang tidak ada pertalian darah dengannya.itu perkara biasa.Tapi bila terbaca artikel seorang anak gadis yang masih muda berusia 18 tahun sanggup mendermakan hatinya untuk ayah yang tercinta cukup membuatkan hati ini ini kagum dan terharu.
          Anak sulung dari lima beradik yang ketika itu baru memasuki tahun pertama kuliahnya hanya punyai satu tujuan, ingin sang ayah menjadi sihat dan lebih sering berada di rumah bersama anak-anaknya, walaupun pada awalnya keinginannya ditolak kerana umur si anak masih belum menepati syarat 19 tahun ke atas, tapi atas pujukan dan kebetulan tidak ada penderma lain akhirnya mereka berdua bersiap untuk menjalani pembedahan tersebut.
          Akhirnya pembedahan itu berjaya.Kesanggupan anak menderma hati untuk ayah yang tercinta sungguh menyentuh hati. Dan seharusnya kita sebagai anak menjadikan kisah ini sebagai satu pengajaran yang berguna dalam menumpahkan bakti untuk ayah yang kita semua.

2 comments: